Program ceramah Marhaban Ya Ramadhan

Mohamad Nazarudin, Nurin Batrisyia Akmal and San, Suzana (2024) Program ceramah Marhaban Ya Ramadhan. Accounting Inkwell Quarterly, 2 (1): 14. p. 31. ISSN 3030-5098

Abstract

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan di mana kedatangan Ramadhan membawa rahmat untuk umat manusia. Sempena bulan Ramadhan 1445H, kelab Members of Bachelor in Accountancy Society (MemBACCs) dengan kerjasama Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menganjurkan program ceramah yang bertajuk ‘Marhaban Ya Ramadhan’ pada 23 Mac 2024 kepada warga UiTMCK khususnya mahasiswa Fakulti Perakaunan. Antara objektif program ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang keindahan dan kepentingan bulan Ramadhan kepada semua mahasiswa Fakulti Perakaunan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan bagi melahirkan mahasiswa yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan mencintai ajaran Islam. Program ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan iaitu Dr. Nik Zam Nik Wan dan diteruskan dengan sesi bacaan ayat suci Al-Quran daripada wakil kelab MemBACCs iaitu Muhammad Zaqwan Shaiful Azli. Program ini diteruskan dengan slot ceramah yang bertajuk ‘Marhaban Ya Ramadhan’ yang disampaikan oleh Ustaz Abu Sufian bin Ab Ghani iaitu Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTMCK. Beliau mengupas secara mendalam beberapa amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan seperti memperbanyakkan membaca Al-Quran dan bersedekah, melakukan solat secara berjemaah di surau mahupun masjid serta kelebihan zakat fitrah. Akhir sekali, beliau juga menceritakan kisah-kisah yang berlaku dalam bulan Ramadhan pada zaman Rasulullah yang boleh dijadikan iktibar dan teladan kepada para mahasiswa. Program berakhir dengan sesi soal jawab daripada para peserta dan sesi bergambar. Secara keseluruhan, program yang diadakan berjalan dengan lancar secara atas talian di platform WEBEX Meetings. Kebanyakan para peserta memberi maklum balas yang positif dan mencadangkan agar program-program sebegini diteruskan lagi pada masa hadapan untuk memberi kesedaran serta meningkatkan penghayatan bulan Ramadhan sebagai bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Nazarudin, Nurin Batrisyia Akmal
UNSPECIFIED
San, Suzana
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Accountancy
Journal or Publication Title: Accounting Inkwell Quarterly
ISSN: 3030-5098
Volume: 2
Number: 1
Page Range: p. 31
Related URLs:
Keywords: Islamic sermons, Religious education, Ramadan
Date: 30 June 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123927
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 123927.pdf] Text
123927.pdf

Download (270kB)

ID Number

123927

Indexing

Statistic

Statistic details