Abstract
Isu tular melibatkan seorang guru yang memarahi pelajar dan memaksa pengakuan atas kesalahan yang tidak dilakukan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. Tindakan guru merakam insiden tersebut dan menyebarkannya kepada pihak luar dianggap tidak selari dengan etika pendidikan. Dalam konteks pendidikan yang ideal, guru seharusnya menjadi contoh tauladan yang membimbing, mendidik dan memahami pelajar dengan sifat empati. Kekurangan pendekatan berteraskan nilai al-Quran dan as-Sunnah serta kemerosotan sifat keprihatinan dalam kalangan pendidik dilihat sebagai punca keretakan hubungan guru dan pelajar. Pelajar masa kini amat memerlukan guru yang mampu menunjukkan sifat keibuan atau keayahan dalam menangani isu mereka secara berhemah. Sifat empati menjadi teras penting dalam proses pendidikan kerana setiap pelajar hadir dengan latar belakang dan cabaran yang berbeza. Justeru, pendidik harus berperanan bukan sahaja sebagai pengajar, tetapi juga sebagai pendengar dan pembimbing yang berjiwa besar.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Aris, Husnul Rita UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
| ISSN: | 2600-8289 |
| Keywords: | Pendidikan, guru, holistik, pelajar |
| Date: | May 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123846 |
