Peranan strategik guru dalam memacu reformasi pendidikan Malaysia 2025

Hassan @ Asan, Amirah and Sharil, Suhaila and Abdullah, Siti Nurfadzilah (2025) Peranan strategik guru dalam memacu reformasi pendidikan Malaysia 2025. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Tema hari guru Malaysia 2025, “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”, menonjolkan peranan guru sebagai agen utama dalam menggerakkan perubahan pendidikan negara. Dalam era yang serba pantas dan mencabar, guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, malah bertindak sebagai pemimpin inovasi yang membentuk generasi masa depan. Dengan lebih 405,000 guru bertugas di seluruh negara dan lebih 5.4 juta pelajar di semua peringkat pendidikan, tanggungjawab guru semakin besar dalam memastikan setiap murid mendapat pendidikan berkualiti dan seiring perkembangan global. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan 5.74 juta siswazah telah dihasilkan pada tahun 2023, dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori mahir. Ini membuktikan sistem pendidikan negara berjaya melahirkan modal insan berkualiti, hasil dedikasi para guru yang sentiasa memperbaharui serta mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik minat para pelajar. Kemasukan pelajar baharu ke politeknik dan kolej komuniti juga meningkat hampir 20% pada sesi 2023/2024, menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap pendidikan teknikal dan vokasional sebagai pemacu kemajuan negara.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hassan @ Asan, Amirah
UNSPECIFIED
Sharil, Suhaila
UNSPECIFIED
Abdullah, Siti Nurfadzilah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Administrative Science (JAS)
ISSN: 2600-8289
Keywords: Hari guru, Jabatan Perangkaan Malaysia, pemimpin, inovasi
Date: May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123804
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 123804.pdf] Text
123804.pdf

Download (786kB)

ID Number

123804

Indexing

Statistic

Statistic details