Abstract
Dalam tempoh kebelakangan ini, saya mula berminat dengan persekitaran alam semula jadi. Seperti juga suasana landskap yang bersatu dengan alam, ia mula menarik perhatian saya dalam berkarya. Idea untuk cetakan ini bermula dengan suasana yang saya lihat dan amati ketika berkunjung ke perkampungan nelayan Port Weld di Kuala Sepetang, Perak. Dalam menghayati dan menilai hubung kaitan antara subjek yang terdapat dalam landskap, saya mula meneroka imaginasi dan dalam masa yang sama cuba memberi selitan makna melaluinya. Walaupun terdapat kepelbagaian di tempat di mana subjek saya ditemui, namun komitmen penting yang ditekankan ialah kompenan elemen dan prinsip artistik ketika menghasilkan karya. Gubahan komposisi yang baik memerlukan penyusunan, pemprosesan, penyingkiran dan pemilihan imej yang sesuai. Ianya bagi mewujudkan fokus tertentu agar imej yang dipilih itu nanti dapat memberi kepuasan imaginasi walaupun proses penghasilannya hanya diatas sebuah blok cetakan. Dengan seni cetakan ini, saya gembira jika dapat menyatukan dunia semula jadi, keheningan dan kualiti yang menenangkan ke dalam dunia kehidupan saya yang sibuk.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Saad, Mohd Nafis UNSPECIFIED |
| Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > Special subjects of art > Nature N Fine Arts > NE Print media > Printmaking and engraving |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
| Page Range: | p. 49 |
| Keywords: | Alam semula jadi, Port Weld di Kuala Sepetang, Memoir |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122649 |
