Transkrip wawancara bersama Dato' Haji Ismail bin Haji Ahmad tukang masak selebriti chef

Mohamad Yusof, Ainorsyafiqah and Mohamad Idris, Wan Nur Putri and Mokhtar, Ezzatul Aisha (2014) Transkrip wawancara bersama Dato' Haji Ismail bin Haji Ahmad tukang masak selebriti chef. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Dato' Haji Ismail bin Haji Ahmad mengenai kerjaya beliau dalam bidang masakan yang telah lama beliau ceburi. Temu bual ini dijalankan di restoran Rebung milik beliau dan rakan kongsi beliau, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, iaitu angkasawan negara, yang bertempat di Jalan Maarof, Bangsar. Rakaman ini dijalankan pada 16 Mei 2014, bermula pada jam 3:00 petang. Beliau merupakan seorang tokoh yang begitu hebat di persada seni masakan, bukan sahaja sebagai salah seorang chef selebriti, pemilik restoran ternama, pengacara program, dan duta produk, malah pernah menjadi seorang pendidik dalam bidang masakan ini. Transkrip ini menyentuh serba sedikit latar belakang beliau, pengalaman, sumbangan, dan penglibatan beliau yang lebih mendalam, bukan sahaja melibatkan diri sendiri malah masyarakat. Selain itu, beliau bukan sahaja terkenal di dalam negeri, malah beliau turut terkenal di peringkat antarabangsa, di mana beliau berbangga membawa nama Malaysia serta masakan tradisi Malaysia di persada dunia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122647.pdf]
Text
122647.pdf
Download (258kB)
Indexing & Metrics