Abstract
Tanah runtuh adalah salah satu bencana alam yang mendatangkan pelbagai kesan buruk. Di Malaysia, faktor pencetus utama berlakunya kejadian tanah runtuh adalah hujan. Ini adalah kerana kedudukan Malaysia di kawasan yang menerima taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun. Atas alasan tersebut, pelbagai pihak melakukan kajian bagi menentukan klasfikasi-klasifikasi hujan yang boleh mencetuskan kejadian tanah runtuh bertujuan untuk pengawalan dan pencegahan bencana ini. Namun begitu, klasifikasi yang sedia ada adalah berbeza di antara satu sama lain. Oleh yang demikian, kertas kerja ini ditulis untuk membincangkan mengenai perbezaan di antara klasifikasi ini, seterusnya mencadangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi mendapatkan klasifikasi yang lebih tepat. Ini adalah kesinambungan daripada implikasi negatifsekiranya pemilihan klasifikasi yang kurang tepat. Selain itu, kertas kerja ini membincangkan perkara-perkara yang positif yang dapat diperolehi sekiranya kajian menyeluruh yang membabitkan semua klasifikasi yang sedia ada dilakukan. Semoga pengupasan dalam kertas kerja ini dapat memberikan pengetahuan dalam memahami kaitan antarafaktor hujan dengan tanah runtuh khususnya, disamping itu, dapat menjanakan idea ke arah pengawalan dan pencegahan bencana tanah runtuh amnya.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Bachok, Mohd Fairuz UNSPECIFIED Alias, Rohaya rohaya@pahang.uitm.edu.my |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > Geomorphology. Landforms. Terrain G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > Hydrology. Water > Ground and surface waters |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | Prosiding Kolokium 2008 - 2009 |
| Event Title: | Prosiding Kolokium 2008-2009 |
| Page Range: | pp. 65-76 |
| Keywords: | Tanah runtuh, Klasifikasi hujan, Pencegahan |
| Date: | 2009 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121418 |
