Kajian memahami tingkahlaku pengguna dalam meningkatkan kemajuan ekonomi usahawan

Mohd Abd Majid, Hayati Adilin and Hussin, Ruhaya and Ahmad Sharoni, Siti Khuzaimah (2022) Kajian memahami tingkahlaku pengguna dalam meningkatkan kemajuan ekonomi usahawan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Dalam sesebuah industri perniagaan, setiap usahawan pasti mempunyai cara tersendiri dalam meningkatkan lagi keuntungan dan kejayaan syarikat mereka. Pelbagai kajian telah dijalankan dalam memahami konsep dan tingkahlaku pengguna. Ini kerana pengguna merupakan aset utama yang akan membeli dan menyokong perniagaan mereka. Ia sangat berkait rapat dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian dari pengguna yang akan membeli produk yang diminati seterusnya mengulang pembelian yang akan meningkatkan keuntungan para usahawan. Namun ada juga pengguna yang sudah tidak lagi menyokong sesebuah perniagaan dan ada juga yang memberikan komen negatif yang dapat memberi impak buruk kepada perniagaan tersebut. Sikap pengguna sangat subjektif dan sukar difahami. Justeru, kajian tingkahlaku harus diteliti dan dipelajari bagi meningkatkan kefahaman usahawan terhadap pengguna yang menjadi asas kepada kelestarian ekonomi yang lebih baik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121390.pdf]
Text
121390.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics