Strategi jualan usahawan pintar

Zainal Abidin, Adnan (2022) Strategi jualan usahawan pintar. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Puan Mas ialah seorang usahawan lulusan sebuah universiti di utara Malaysia. Menurut Puan Mas, bapanya bermula sebagai pengusaha kerepek secara kecil-kecilan lebih kurang 40 tahun yang lalu. Puan Mas telah berkecimpung dalam perniagaan ini semenjak dari bangku sekolah lagi iaitu dengan membantu bapanya berniaga kerepek. Sejak dari dulu, hasrat beliau dan juga bapanya adalah untuk mengembangkan perniagaan di masa hadapan. Bapanya telah mendorong beliau untuk meneruskan pembelajaran di universiti untuk menimba lebih banyak ilmu dan selok-belok perniagaan bagi mencapai hasrat ini. Sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian di universiti, beliau telah mendapat bantuan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pihak bank bagi mengembangkan perniagaan kerepek keluarga. Kini, perniagaannya semakin berkembang dan mampu menghasilkan jualan melebihi RM1 juta setahun.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121302.pdf]
Text
121302.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics