Abstract
Puan Mas ialah seorang usahawan lulusan sebuah universiti di utara Malaysia. Menurut Puan Mas, bapanya bermula sebagai pengusaha kerepek secara kecil-kecilan lebih kurang 40 tahun yang lalu. Puan Mas telah berkecimpung dalam perniagaan ini semenjak dari bangku sekolah lagi iaitu dengan membantu bapanya berniaga kerepek. Sejak dari dulu, hasrat beliau dan juga bapanya adalah untuk mengembangkan perniagaan di masa hadapan. Bapanya telah mendorong beliau untuk meneruskan pembelajaran di universiti untuk menimba lebih banyak ilmu dan selok-belok perniagaan bagi mencapai hasrat ini. Sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian di universiti, beliau telah mendapat bantuan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pihak bank bagi mengembangkan perniagaan kerepek keluarga. Kini, perniagaannya semakin berkembang dan mampu menghasilkan jualan melebihi RM1 juta setahun.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal Abidin, Adnan adnan169@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati nikfa738@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Strategi jualan, Usahawan pintar |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121302 |
