Abstract
Laporan Google trend pada tahun 2019 menyatakan “influencer” atau Pempengaruh Digital merupakan carian tertinggi dari tahun 2017 hingga kini. Majalah Forbes (2018) juga turut menyatakan “influencer marketing” adalah salah satu daripada dua belas trend di dalam perniagaan yang terkini dan majoriti ahli pemasaran mengakui bahawa cara pemasaran menggunakan “influencer” atau pempengaruh digital adalah terbukti berhasil. Kebanyakan syarikat perniagaan tidak lagi menggunakan kaedah iklan digital untuk memancing pelanggan utama. Ini kerana pelanggan merasakan pop up iklan digital agak merimaskan dan telah memasang ads blockers apps untuk menghentikan siaran iklan digital tersebut. Berdasarkan tinjauan eMarketer pada 2016 hampir 86 juta penduduk Amerika Syarikat dan 32% pengguna internet seluruh dunia telah memuat turun ads blockers apps tersebut.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Karim, Hilwana UNSPECIFIED Amirnordin, Nur Alia UNSPECIFIED Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu UNSPECIFIED Md Akhir, Norhaniza UNSPECIFIED Mohd Isnani, Zaidatulhusna UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Branding (Marketing) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
| Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
| ISSN: | 2735-0525 |
| Keywords: | Media sosial, perniagaan, influencer |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121191 |
