Hubungan universiti dan industri: bentuk rakan ekosistem mampan

Raja Ahmad, Raja Adzrin and Othman, Ahmad Marzuki Amiruddin (2022) Hubungan universiti dan industri: bentuk rakan ekosistem mampan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Peniaga kecil sudah pastinya terkesan dengan pandemic COVID-19. Bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap golongan usahawan dan peniaga kecil bagi meringankan bebanan akibat dari ramai yang hilang pekerjaan dan gulung tikar. Penekanan Bajet 2022, yang memberi fokus kepada usaha mengembalikan keupayaan perniagaan, telah menyediakan sebanyak RM40 billion melalui Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia. Melalui program ini, suntikan pembiayaan merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti disediakan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan sektor informal. Usaha menjana semula ekonomi negara bagi memperkasa inisiatif sedia ada adalah amat perlu bagi merancakkan pembangunan ekosistem keusahawanan. Ini seterusnya dapat memberikan impak yang signifikan demi meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121013.pdf]
Text
121013.pdf
Download (601kB)
Indexing & Metrics