Abstract
Peniaga kecil sudah pastinya terkesan dengan pandemic COVID-19. Bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap golongan usahawan dan peniaga kecil bagi meringankan bebanan akibat dari ramai yang hilang pekerjaan dan gulung tikar. Penekanan Bajet 2022, yang memberi fokus kepada usaha mengembalikan keupayaan perniagaan, telah menyediakan sebanyak RM40 billion melalui Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia. Melalui program ini, suntikan pembiayaan merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti disediakan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan sektor informal. Usaha menjana semula ekonomi negara bagi memperkasa inisiatif sedia ada adalah amat perlu bagi merancakkan pembangunan ekosistem keusahawanan. Ini seterusnya dapat memberikan impak yang signifikan demi meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Raja Ahmad, Raja Adzrin adzrin75@uitm.edu.my Othman, Ahmad Marzuki Amiruddin UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati nikfa738@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121013 |
