Abstract
Kek Cinta Dungun adalah industri pembuatan kek yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Kepelbagaian suntikan kreativiti dekorasi kek telah dihasilkan, antaranya ialah jenis kek 3D dan yang terbaru ialah kek 5 tingkat untuk majlis perkahwinan dengan harga jualan berpatutan. Pengusaha Kek Cinta Dungun, Norhasmieza binti Mahmood memulakan perniagaan pada Jun 2014 secara kecil-kecilan ekoran kekangan modal. Pada awal perniagaan, beliau menerima tempahan daripada sahabat, pelanggan berdekatan dan malah memasarkan dalam bentuk bungkusan mini di pasar malam Dungun. Beliau mengembangkan perniagaan dengan membuka kedai bersebelahan rumahnya. Hasil daripada bantuan Usahawan RISDA Terengganu, perusahaan beliau semakin berkembang dengan penambahan ruang pemprosesan yang lebih besar, peralatan yang lebih canggih dan penambahan bilangan pekerja.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainuddin, Nur Sha’adah nsz@uitm.edu.my Zainudin, Nur Syamimi nursyamimizainudin@uitm.edu.my Ab Manan, Wan Noni Afida UNSPECIFIED Kamarullah, Shahida Hanum UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Kek Cinta Dungun, Kek 3D, Usahawan RISDA Terengganu |
| Date: | 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120603 |
