Teknik pemasaran menggunakan crowdsourcing

Saad, Zuria Akmal and Solat, Naliza and Sarmin, Siti Noorbaini (2021) Teknik pemasaran menggunakan crowdsourcing. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Crowdsourcing boleh diklasifikasikan sebagai pandangan, idea atau sumber yang disumbangkan oleh orang ramai terhadap sesuatu perkara seperti produk atau perkhidmatan. Ianya adalah salah satu cara organisasi/perniagaan menggunakan idea selain dari sumber dalaman iaitu melalui orang ramai (www.braineet.com). Terma lain untuk crowdsourcing ialah aktiviti atas talian yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi kepada golongan yang pelbagai dan berpengetahuan secara fleksibel. Apa yang menariknya, crowdsourcing ini telah memberi peluang kepada pengguna terlibat dalam inovasi. Jika dahulu, organisasi/ perniagaan akan menginovasikan produk dan perkhidmatan untuk pengguna namun kini, ianya menjadi kolaborasi diantara pengguna dan firma untuk penciptaan sesuatu produk dan perkhidmatan yang lebih memenuhi kehendak pengguna (Darius, Risto, Mika & Matti, 2018).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120460.pdf]
Text
120460.pdf
Download (652kB)
Indexing & Metrics