Abstract
Kebaikan dalam bahasa mudah sesuatu yang dapat menimbulkan ketenangan, menghapuskan ketegangan, mewujudkan kedamaian dan impak kemakmuran akhirnya akan timbul dalam segenap sudut sosial dan ekonomi. Secara am pengertian kebaikan dalam Islam mencakupi dimensi ibadah dan kepedulian sosial atau “hablum minallah” (hubungan dengan Allah) dan “hablum minan naas” (hubungan dengan sesama manusia). Peribahasa Melayu menyatakan bahawa buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali, kini memerlukan kepedulian dan pengolahan semula dalam kontek semasa. Perkataan berpada-pada boleh memberikan pelbagai penafsiran yang menjurus kepada kebatasan fungsi kebaikan. Al-Quran yang merupakan rujukan Agung jelas menyatakan seorang Mukmin akan meningkatkan amalan dengan kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas akan mengatasi kebatilan. Islam agama yang sangat Indah dengan jelas Sirah Rasullullah s.a.w merekodkan setiap pekerti Rasullullah s.a.w meletakkan kebaikan mengatasi kejahatan, menggariskan dalam perhubungan insan kebaikan akan membawa pulangan samaada didunia dan semestinya di akhirat. Kebaikan dilakukan tanpa batasan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Saad, Shakirah shakirahmdsaad@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Ahmad, Noorazlina infousahawaneditor@tganu.uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Menghapuskan ketegangan, Mewujudkan kedamaian |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119870 |
