Abstract
Kajian mengenai perkembangan perniagaan dalam talian telah dijalankan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) sejak 2005 dan mendapati peningkatan peniagaan tersebut begitu pesat. Peratusan meningkat sehingga 85.4 peratus, peniaga memasarkan perniagaan mereka sama ada produk atau servis melalui dalam talian seperti Facebook dan Twitter. Sementara itu, 11.8 peratus daripadanya menyediakan kemudahan sistem pembayaran elektronik (e-Payment). Peningkatan atau perkembangan perniagaan online sebenarnya secara tidak langsung menunjukkan kepercayaan orang ramai terhadap peniaga serta jaminan barangan yang dibeli itu sampai kepada pembeli. Tindakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mewajibkan pendaftaran perniagaan dalam talian merancakkan lagi urusan jual beli menggunakan e-payment. Setakat 10 Julai 2017, sebanyak 53,285 perniagaan dalam talian telah pun berdaftar. Perkembangan ini diteruskan lagi dengan kewujudan aplikasi dalam telefon bimbit seperti Shopee bagi memudahkan urusan perniagaan secara maya.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Nawawi, Wan Nazriah wanna035@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Ahmad, Noorazlina infousahawaneditor@tganu.uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Perniagaan dalam talian, SME Corporation Malaysia (SME Corp) |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119602 |
