Abstract
Kecerdasan buatan (Artifical Intelligent) telah menjadi pemacu utama dalam transformasi digital global. Dalam konteks pendidikan, teknologi AI telah diintegrasikan dalam pelbagai aspek, termasuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Menurut kajian oleh Song & Song (2023), penggunaan aplikasi berasaskan AI seperti ChatGPT telah meningkatkan motivasi pelajar dalam penulisan dan menyokong kefahaman mereka terhadap struktur bahasa secara lebih berkesan. AI yang digunakan sebagai penjana teks, penterjemah automatik, dan pemprosesan bahasa semula jadi (Natural Language Processing, NLP) telah memperluas kaedah pembelajaran serta sumber yang boleh diakses oleh pelajar dan pensyarah. Perpustakaan sebagai institusi yang menyediakan sumber, perkhidmatan dan kepakaran maklumat, kini berhadapan dengan tanggungjawab baharu untuk mendekatkan teknologi AI kepada komuniti akademik. AI telah membawa banyak kemudahan dalam aktiviti pembelajaran. Aplikasi seperti Grammarly, ChatGPT, Google Translate, dan Text-to-Speech telah menjadi alat bantu utama pelajar dalam menghasilkan, menganalisis dan menilai penggunaan bahasa. Teknologi NLP membolehkan analisis semantik teks dan pembetulan tatabahasa secara automatik. Namun, menurut Zhang & Hyland (2023), pelajar hanya mendapat manfaat maksimum daripada AI jika mereka mempunyai literasi digital yang mencukupi untuk mentafsir dan menggunakannya dengan kaedah yang betul.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Halim, Mohd Aizat UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 14 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Buku, literasi AI, NLP, pendidikan, teknologi |
Date: | June 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119139 |