Abstract
Organisasi yang cemerlang memerlukan modal insan yang mempunyai tahap kompetensi yang tinggi agar mereka mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan pembudayaan cara kerja yang profesional. Sedar akan keperluan Hospital UITM untuk membina staf yang bermotivasi tinggi, mesra pelanggan dan cemerlang, Jabatan Komunikasi Korporat HUITM mengambil inisiatif menganjurkan siri 'Kursus Budaya Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan' yang dikendalikan oleh Coach Hazri Rohilio Hood, pengasas Winning Minds, bertempat di Auditorium 2 HUITM. Siri pertama berlangsung pada 13 Oktober 2021 manakala siri kedua diadakan pada 15 Disember 2021. Seramai 64 peserta kursus yang terdiri daripada petugas kesihatan dan staf sokongan HUITM telah hadir dengan jayanya. Kursus yang dianjurkan ini memberi fokus kepada aspek kemahiran penggunaan pendengaran aktif, konsep 'emotional intelligence' dan penggunaan komunikasi bukan lisan dalam memberikan perkhidmatan yang mesra dan profesional kepada pelanggan. Sesi kursus turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Hospital UITM, Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim yang datang menyantuni peserta-peserta kursus. Syabas buat semua peserta yang berjaya menamatkan kursus dan ucapan ribuan terima kasih buat sekretariat yang terlibat memberi komitmen menjayakan program. Semoga dengan pendedahan dan sesi perkongsian ilmu seumpama ini mampu membentuk warga HUITM yang berdedikasi, komited dan berdaya saing.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | Hospital UiTM Newsletter |
Keywords: | Kursus, Perkhidmatan Pelanggan, Kompetensi, HUiTM |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119126 |