Kaedah penyelidikan berasaskan praktis melalui pendekatan fenomenologi hermeneutik: kerangka kerja konseptual

Ahmad Tarmizi, Mohd Shahrul Hisham and Abu Hassan, Sharmiza and Ramli, Ishak and Badaruddin, Mohammed Iqbal and Sulaiman@Abd Rahim, Rushana (2025) Kaedah penyelidikan berasaskan praktis melalui pendekatan fenomenologi hermeneutik: kerangka kerja konseptual. Idealogy Journal, 10 (1): 3. pp. 299-309. ISSN 2550-214X
Abstract

Kaedah penyelidikan berasaskan praktis adalah didasari oleh pengalaman hidup (lived-experiences) yang menggunakan pendekatan hermeneutik fenomenalogi. Pendekatan ini dilihat memiliki kemampuan untuk mentafsir visual dan ia juga digunapakai dalam menginterpretasi teks. Artikel ini bertujuan untuk memperjelaskan kerangka kerja konseptual dalam menggunakan pendekatan fenomenologi hermeneutik dalam penyelidikan berasaskan praktis. Penyelidikan ini menumpukan kepada dua komponen utama – interpretasi visual dan interpretasi tekstual. Secara konsepnya, perbandingan ini dibincangkan dengan mengambil kerangka penyelidikan kajian praktis bagi memperoleh pemahaman dalam membuat analisa. Artikel ini memberi sumbangan kepada perkembangan kaedah penyelidikan berasaskan praktis yang menjadi pilihan terutama dalam peringkat pengajian pascasiswazah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 117555.pdf]
Text
117555.pdf
Download (639kB)
Indexing & Metrics