Abstract
Penulisan dissertasi ini merupakan kajian keatas profesion Penilaian, Pentaksiran serta Perejenan Hartanah di Malaysia. Skop kajian yang dibuat adalah tertumpu kepada Perkhidmatan Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah disektor Awam dan sektor Swasta dengan menitikberatkan aspek-aspek pengawalan yang diadakan keatas profesion ini. Untuk kajian ini, sebagai permulaan, penulis akan memperkenalkan profesion Penilaian, Pentaksiran serta Perejenan Hartanah ini secara umum. Seterusnya penulis akan mem'njau keatas latar belakang dan perkembangan profesion ini didalam kontek amalan di Malaysia. Didalam kajian terhadap pengawalan profesion ini, penulis akan meminjau dan mengkaji latar belakang pengawalan sehinggalah kepada pengawalan yang terdapat pada masa ini. Kajian seterusnya adalah meninjau dan mengkaji amalan ahli-ahli profesion ini pada masa kini secara berkait dengan pengawalan yang telah diadakan hari ini untuk mendapatkan sedikit sebanyak gambaran akan peranan dan amalan mereka dibidang hartanah di Malaysia. Sebelum menutup kajian ini, penulis akan membuat kesimpulan secara keseluruhan berdasarkan kepada objektif-objektif yang telah ditetapkan, memberi cadangan-cadangan yang dikira perlu untuk mempertingkatkan prestasi profesion ini di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Akmar UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1986 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1175 |
Download
TD_AKMAR OMAR AP 86_5 P01.pdf
Download (99kB) | Preview