Abstract
Hari Raya adalah waktu istimewa yang bukan hanya sekadar perayaan, tetapi juga peluang untuk mempererat hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Ianya menjadi saat yang dinanti-nantikan bagi umat Islam untuk bertemu sanak saudara, bermaaf-maafan, dan merapatkan ukhuwah. Hari Raya juga adalah salah satu nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada umat Islam sebagai tanda kemenangan. Ia bukan sekadar hari untuk bersuka ria, tetapi lebih daripada itu, ia adalah simbol kejayaan dalam melaksanakan ibadah yang penuh pengorbanan dan ketaatan kepada Allah. Namun, dalam era teknologi yang semakin canggih, penggunaan gajet secara berlebihan semasa Hari Raya telah mengurangkan nilai dan keindahan amalan menziarahi keluarga dan sahabat. Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya, umat Islam perlu memastikan perayaan ini diraikan dalam batas-batas syariat agar ia menjadi ibadah yang diberkati, bukan sekadar hiburan duniawi yang melalaikan. Sebagai umat Islam, kita perlu memainkan peranan dalam meraikan Hari Raya dengan cara yang betul, iaitu mengutamakan interaksi fizikal dan mengelakkan keterikatan secara berlebihan dengan gajet yang boleh merosakkan nilai kekeluargaan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bahron, Siti Zakiah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Hari Raya, silaturrahim, duniawi, syariat |
Date: | April 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117172 |