Kritikan penyiaran: memperkasakan program bertemakan keagamaan di bulan Ramadan / Shahril Anuar Abdul Ghalim

Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2025) Kritikan penyiaran: memperkasakan program bertemakan keagamaan di bulan Ramadan / Shahril Anuar Abdul Ghalim. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Bulan Ramadan sememangnya bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam didunia. Bulan ibadah yang mempunyai pelbagai keistimewaan dan pengertian bagi umat Islam keseluruhannya. Ramadan dimana umat Islam akan menjalani ibadah puasa selama sebulan, menunaikan solat Tarawih, memperbanyakkan membaca Al-Quran, mencari Lailatul Qadar, memperingati Nuzul Al-Quran, bersedekah, dan melipatgandakan segala kebaikan sebagai insan untuk menjadi yang lebih baik. Bulan yang sangat bermakna dan disambut dengan penuh keinsafan. Media penyiaran juga tidak terkecuali apabila kita memperkatakan tentang pengertian dan keistimewaan ramadan. Kehadirannya secara tidak langsung mengubah lanskap kandungan siaran pelbagai program yang direncanakan bagi tatapan umum. Kesemuanya diadun bagi meraikan kedatangan bulan ramadhan dan kesesuaian kandungan lebih terarah kepada aspek pendidikan serta kerohanian kepada masyarakat. Sebagai medium penyampaian kepada masyarakat, sudah semestinya media penyiaran menjadi tumpuan masyarakat untuk turut serta menghayati bulan yang mulia ini. Kepelbagaian kandungan program amat dinanti-nantikan dan sentiasa tanpa jemu menyantuni khalayak penonton.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Ghalim, Shahril Anuar
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Penyiaran, penonton, Ramadan, ibadah, Lailatul Qadar
Date: March 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117161
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 117161.pdf] Text
117161.pdf

Download (501kB)

ID Number

117161

Indexing

Statistic

Statistic details