Abstract
Ramadan kembali dengan seribu hajat di hati. Pelbagai niat dan janji dilafazkan dalam diri, untuk melakukan ibadah puasa ini dengan lebih baik dan teratur dari tahun sebelumnya. Melalui ibadah puasa, seseorang Muslim diajar dan dilatih agar memiliki karakter jujur, rajin, berjimat cermat serta mempunyai sifat menghormati antara sesama insan. Bulan Ramadan ini dapat menjadi bulan untuk kita berjimat cermat kerana kita hanya makan dan minum semasa bersahur dan juga semasa berbuka. Namun begitu, jika nafsu tidak dikawal dengan baik, bulan Ramadan boleh menjadi bulan pembaziran. Kita perlu berhati-hati semasa erbelanja kerana sentiasa didorong oleh nafsu lapar dan dahaga terutamanya semasa keadaan perut lapar, semua makanan dan minuman yang dilihat, akan diinginkan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat, Mustafa Kamal UNSPECIFIED Azid, Saflina UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Ramadan, hikmah, literasi kewangan, pengurusan kewangan, nilai Islam |
Date: | March 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117160 |