Abstract
Pendidikan berkualiti adalah asas kepada pembangunan individu dan masyarakat, seperti yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG-4) yang bertujuan untuk "memastikan pendidikan inklusif dan berkualiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua." Dalam era globalisasi yang pesat, pembelajaran global (Global Learning) muncul sebagai pendekatan yang penting untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan memperkenalkan perspektif antarabangsa, memperkayakan kurikulum, dan membina kompetensi global di kalangan pelajar. Dengan mengintegrasikan perspektif global ke dalam kurikulum, pendidik dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif yang menghormati dan menghargai latar belakang yang pelbagai. Pendekatan ini dapat membantu mengurangkan diskriminasi dan mengetengahkan peluang yang sama untuk semua pelajar, selaras dengan matlamat SDG-4 untuk menghapuskan kepincangan dalam pendidikan. Salah satu aspek utama SDG-4 ialah meningkatkan kualiti pendidikan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Joseph, Jacqueline UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Page Range: | pp. 134-136 |
Keywords: | Pendidikan, SDG-4, Matlamat Pembangunan Lestari 4, kurikulum, Global Learning |
Date: | May 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116679 |