Pendidikan alam sekitar: membangun kesedaran dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar / Nurul’ Ain Jamion and Ratna Zuarni Ramli

Jamion, Nurul’ Ain and Ramli, Ratna Zuarni (2025) Pendidikan alam sekitar: membangun kesedaran dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar / Nurul’ Ain Jamion and Ratna Zuarni Ramli. Epitome of Nature (EON). pp. 116-119. ISSN 2773-5869

Abstract

Pendidikan alam sekitar memainkan peranan penting dalam membangunkan kesedaran dan tanggungjawab individu terhadap kelestarian alam sekitar. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan teknologi, isu pencemaran, eksploitasi sumber semula jadi, dan perubahan iklim semakin mendesak perhatian global. Oleh itu, pendidikan alam sekitar bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang prinsip-prinsip asas dalam konteks ekosistem, tetapi juga untuk membentuk sikap dan tindakan proaktif dalam kalangan masyarakat bagi melindungi persekitaran. Usaha untuk membendung permasalahan ini sebenarnya telah banyak dilaksanakan. Saban tahun, pelbagai program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dianjurkan dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat. Namun, impaknya masih belum mencapai tahap yang diharapkan. Hal ini dapat dilihat apabila masih terdapat ramai individu yang tanpa segan silu membuang sampah di merata-rata tempat kerana tiada rasa tanggungjawab. Keadaan ini dengan jelas mencerminkan bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar masih berada pada tahap yang rendah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamion, Nurul’ Ain
UNSPECIFIED
Ramli, Ratna Zuarni
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QP Physiology > General. Including influence of the environment
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Page Range: pp. 116-119
Keywords: Kelestarian, alam sekitar, proaktif, ekosistem
Date: May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116646
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116646.pdf] Text
116646.pdf

Download (482kB)

ID Number

116646

Indexing

Statistic

Statistic details