Abstract
Industri peruncitan di Malaysia merupakan salah satu industri yang sedang pesat berkembang. Kewujudan pasar raya besar semakin mendapat tempat di hati para pengguna. Sejak akhir-akhir ini penubuhan pasar raya besar atau hypermarket boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sambutan yang begitu menggalakkan daripada pelanggan tempatan, mendorong lebih ramai pemilik hypermarket untuk membina lebih banyak pasar raya besar di negara ini termasuklah di Bandar Kuantan. Oleh yang demikian, persaingan dalam industri peruncitan juga akan meningkat. Ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap golongan peruncit tempatan khususnya peruncit Melayu. Lantaran itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan kewujudan Giant Hypermarket terhadap ekonomi peruncit Melayu di Bandar Kuantan. Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada peruncit Melayu di sekitar Bandar Kuantan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah unit peratusan. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan kewujudan hypermarket memberi kesan terhadap perniagaan responden. Walaubagaimanapun kebanyakan responden merasakan kedudukan perniagaan mereka dari segi ekonomi tidak begitu tergugat dengan kewujudan hypermarket. Kesimpulannya, kewujudan hypermarket di Bandar kuantan telah memberikan kesan negatif terhadap peruncit Melayu di sekitarnya.
Metadata
| Item Type: | Student Project |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Muhamad Sharif Al-Din UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Suppiah, Ratha Krishnan UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Consumption. Demand (Economic theory) H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Consumption. Demand (Economic theory) > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus > Faculty of Business and Management |
| Programme: | Executive Diploma in Business Administration (EP 202) |
| Keywords: | Industri peruncitan, Malaysia, Hypermarket |
| Date: | 2007 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116278 |
Download
116278.PDF
Download (1MB)
Digital Copy
Physical Copy
On Shelf
ID Number
116278
Indexing
