Kajian yang dijalankan mengenai gangguan seksual jenis sentuhan, pertuturan, psikologi dan isyarat akan mempengaruhi prestasi anggota polis di ibu pejabat polis daerah Kemaman Terengganu

Yusup, Affendi (2007) Kajian yang dijalankan mengenai gangguan seksual jenis sentuhan, pertuturan, psikologi dan isyarat akan mempengaruhi prestasi anggota polis di ibu pejabat polis daerah Kemaman Terengganu. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Gangguan seksual bukan merupakan masalah orang (iaitu gangguan seksual berlaku apabila wujud satu konflik interpretasai atau apabila kelakuan tidak sesuai dan betul) tetapi ia merupakan satu masalah organisasi dan pengurusan (iaitu gangguan seksual berlaku apabila tidak ada satu sistem pengcegahan yang jelas). Gangguan seksual merupakan satu isu di kalangan pekerja wanita yang telah lama berlaku sejak beberapa dekad yang lalu. Akan tetapi, ia hanya mula dipandang serius oleh organisasi dan perkerja sebagai satu isu yang penting selepas penghujung tahun 1980-an setelah wujudnya panduan yang sah yang menggariskan dengan jelas kesalahan gangguan seksual di tempat kerja dari segi undang-undang. Gangguan seksual kini menjadi salah satu penekanan dalam kebanyakan kajian penyelidikan kerana pengaruhnya yang penting ke atas organisasi yang terlibat. Ekoran daripada bilangan kes gangguan seksual yang semakin meningkat, sesebuah organisasi perlu memahami dan mengetahui tentang gangguan seksual supaya ia boleh mengambil tindakan yang sewajanya. Diharap kajian ini akan memfokuskan perhubungan di antara gangguan seksual dengan prestasi kerja seseorang anggota di ibu pejabat polis daerah Kemaman Terangganu.

Download

[thumbnail of 116270.PDF] Text
116270.PDF

Download (3MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

116270

Indexing

Statistic

Statistic details