Pertandingan arca kitar semula “3D ARTS” sebagai media perantaraan memupuk semangat cintakan alam sekitar / Rosmidahanim Razali, Wan Nurhasyimah W. Mohd Apandi and Florene Ejot Masanat

Razali, Rosmidahanim and W. Mohd Apandi, Wan Nurhasyimah and Masanat @ Meramat, Florene Ejot (2025) Pertandingan arca kitar semula “3D ARTS” sebagai media perantaraan memupuk semangat cintakan alam sekitar / Rosmidahanim Razali, Wan Nurhasyimah W. Mohd Apandi and Florene Ejot Masanat. Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE), 12 (1). pp. 77-96. ISSN 0128-2417

Abstract

Program kitar semula memainkan peranan penting dalam usaha mengurangi masalah pencemaran alam, menjaga sumber daya alam dan membentuk masyarakat yang lebih lestari serta bertangunggjawab terhadap alam sekitar. Kepentingan pertandingan arca kitar semula ini adalah sebagai salah satu inisiatif menggalakkan pengarca seni dari pelbagai peringkat usia menghasilkan karya kreatif dengan menggunakan bahan kitar semula. Selain meraikan seni arca tempatan, program ini juga dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri setiap individu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti bahan yang digunakan dan menganalisis makna disebalik karya yang diciptakan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pengumpulan data dibuat secara temu bual, dokumentasi dan pemerhatian. Penulis menggunakan data sekunder iaitu melalui buku, jurnal dan laman sesawang bagi membantu penulisan ini. Dari program pertandingan arca kitar semula ini, penulis memilih tiga buah karya arca untuk dianalisis. Pendedahan tentang kitar semula di peringkat awal amatlah penting khususnya di peringkat awal usia. Didikan awal daripada sekolah dan juga ibu bapa adalah tunjang utama dalam proses membentuk jati diri seseorang individu. Tanpa sebarang inisiatif yang dilakukan, kecenderungan kepada masalah pencemaran alam sekitar akan menjadi lebih parah dan mengundang lebih bahaya kepada negara. Kesimpulannya, daripada dapatan penulisan yang diperolehi, penggunaan bahan arca dan makna yang disampaikan mempunyai kesinambungan dengan tema pertandingan. Penglibatan dari semua pihak sama ada Pihak Berkuasa Temptan Perak Tengah, kerajaan negeri, kerajaan pusat dan penduduk tempatan adalah sangat penting untuk bersama-sama berganding bahu menangani masalah isu pencemaran alam.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Razali, Rosmidahanim
rosmidahanim@uitm.edu.my
W. Mohd Apandi, Wan Nurhasyimah
wannu829@uitm.edu.my
Masanat @ Meramat, Florene Ejot
florene@uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
N Fine Arts > N Visual arts (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Journal or Publication Title: Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE)
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE)
ISSN: 0128-2417
Volume: 12
Number: 1
Page Range: pp. 77-96
Keywords: Kitar Semula; 3D Arts; Karya Kreatif; Pencemaran Alam Sekitar
Date: March 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115610
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 115610.pdf] Text
115610.pdf

Download (1MB)

ID Number

115610

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details