Konsep dan falsafah Pendidikan Islam / Halipah Hamzah

Hamzah, Halipah (2006) Konsep dan falsafah Pendidikan Islam / Halipah Hamzah. Jurnal CITU, 2 (1). pp. 15-26. ISSN 1823-6146

Abstract

Asas peradaban Islam adalah pendidikan yang komprehensif
bersumberkan kepada al-Qur'an dan al-Sunnah. Islam memandang
serius segala bentuk pendidikan terutamanya pendidikan rohani, kemerdekaan dan akhlak. Pendidikan Islam memiliki falsafah dan matlamat yang murni serta unggul. Pendidikan Islam juga lebih menekankan kepada pembangunan individu yang melibatkan aspek fizikal, rohani dan akhlak. Pendidikan Islam menyampaikan ilmu mengenai ketuhanan Allah SWT dan dengan pengetahuan inilah manusia mengenali asal-usul dan kedudukan dirinya serta memberi pengiktirafan kepada Penciptanya Allah SWT Pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan seorang individu Muslim yang baik dan seterusnya menjadi seorang yang profesional atau bersifat
profesional. Rasulullah SAW adalah merupakan satu-satunya model pembentukan sahsiah yang patut diteladani oleh seluruh umat Islam khususnya ahli-ahli pendidikan Islam. Kesempurnaan dan keidealan sahsiah dan peribadi Rasulullah SAW ini dijelaskan dalam sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang mulia."

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamzah, Halipah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Jurnal CITU
ISSN: 1823-6146
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 15-26
Keywords: Pendidikan Islam
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11538
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_HALIPAH HAMZAH CITU 06.pdf] Text
AJ_HALIPAH HAMZAH CITU 06.pdf

Download (523kB)

ID Number

11538

Indexing

Statistic

Statistic details