Abstract
Ilmu merupakan tonggak kemajuan dan pembangunan ummah.
Kekuatan pengaruh ilmu dalam pembinaan ummah sentiasa
diperakui oleh baginda Rasulullah SAW dalam mendorong misi
kejayaan ummah sama ada di dunia dan di akhirat. Untuk
merealisasikan cita-cita ini semestinya dengan menguasai semua bidang ilmu yang bersangkut paut dengan kepentingan dunia dan juga akhirat. Dalam pembinaan masyarakat Islam Hadhari keupayaan ummah dalam memanifestasikan amanat baginda Rasulullah SAW untuk memartabatkan umat Islam sebagai khalifah di dunia itu amatlah besar. Malah dalam menghadapi cabaran zaman siber yang didominasi arus globalisasi ini umat Islam akan terpinggir jika mereka tidak mampu bersaing dengan umat lain dalam kepelbagaian bidang ilmu dan kepakaran. Umat Islam akan dipandang mulia dan hebat di mata dunia jika mereka dapat menguasai segala displin ilmu baru dan juga tetap mempertahan dan memperkayakan ilmu-ilmu warisan (turath) yang telah diwarisi
dari khazanah ulama' silam tersohor. Justeru itu, pandangan ulama' tersohor seperti al-Ghazali sangat relevan untuk diimplementasikan dalam membangun masyarakat Islam Hadhari menjadi dasar kerajaan Malaysia hari ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Azizah UNSPECIFIED Salleh, Azizon UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and state B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Jurnal CITU |
ISSN: | 1823-6146 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 27-51 |
Keywords: | Ilmu, Islam Hadhari, Malaysia |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11536 |