Abstract
Teknologi adalah elemen yang amat penting bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran di kalangan pelajar. Namun, setiap pelajar menerima dan memproses maklumat dengan cara yang berbeza, sesuai dengan gaya pembelajaran masing-masing. Contohnya, model VARK mengklasifikasikan empat gaya pembelajaran yang utama iaitu secara visual, auditori, membaca atau menulis, dan kinestetik. Seiring kemajuan teknologi, pelbagai aplikasi dan platform telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan gaya pembelajaran yang pelbagai ini. Teknologi untuk Pelajar Visual. Pelajar visual lebih mudah menerima maklumat melalui gambar, rajah, dan video. Golongan ini lebih mudah memahami sesuatu konsep yang digambarkan secara grafik berbanding penerangan yang padat dengan teks.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Norhafizah UNSPECIFIED Yusof, Rozianiwati UNSPECIFIED Mohd Yunus, Sri Yusmawati UNSPECIFIED Abdul Rahman, Normaziah UNSPECIFIED Aziz Fadzillah, Nor Azlina UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Indexes (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Keywords: | Pembelajaran, teknologi, cabaran |
Date: | 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115307 |