Tahap sensitiviti status halal dan toyyib terhadap makanan trend dalam kalangan mahasiswa pengajian Islam di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam / Nur Aqilah Rashidah Mohd Rizal and Liana Ab Latif

Mohd Rizal, Nur Aqilah Rashidah and Ab Latif, Liana (2024) Tahap sensitiviti status halal dan toyyib terhadap makanan trend dalam kalangan mahasiswa pengajian Islam di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam / Nur Aqilah Rashidah Mohd Rizal and Liana Ab Latif. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 10 (3): 12. pp. 1-12. ISSN (e-ISSN) : 0128-0902

Abstract

Status halal dan toyyib dalam pemilihan makanan trend adalah penting dalam kalangan masyarakat Muslim, terutamanya generasi muda yang terdedah kepada makanan di restoran, kedai makanan segera, dan juga penjaja jalanan. Ini kerana ia berkait rapat dengan pemeliharaan diri daripada memakan makanan yang berunsurkan haiwan yang diharamkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap sensitiviti mahasiswa pengajian Islam di UiTM Shah Alam terhadap status halal dan toyyib. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji faktor pemilihan makanan trend dalam kalangan mahasiswa pengajian Islam di UiTM Shah Alam. Kajian ini turut menganalisis impak positif terhadap sensitiviti mahasiswa pengajian Islam di UiTM Shah Alam terhadap status halal dan toyyib dalam pemilihan makanan trend. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif bagi menghuraikan data yang telah dikumpul. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Responden kajian ini terdiri daripada 121 orang mahasiswa pengajian Islam di UiTM Shah Alam untuk mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan. Data dianalisis secara statistik untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sensitiviti mahasiswa pengajian Islam di UiTM Shah Alam terhadap status halal dan toyyib adalah tinggi. Selain itu, hasil analisis juga menunjukkan terdapat faktor pemilihan makanan trend dalam kalangan mahasiswa pengajian Islam di UiTM Shah Alam. Dapatan kajian juga menunjukkan impak positif daripada sensitiviti mahasiswa pengajian Islam di UiTM Shah Alam terhadap status halal dan toyyib dalam pemilihan makanan trend. Beberapa cadangan juga dikemukakan untuk mempertingkatkan sensitiviti dan amalan pemilihan makanan trend oleh mahasiswa pengajian Islam di UiTM Shah Alam dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat menggambarkan kepentingan pendidikan dan kesedaran tentang makanan trend yang halal dan toyyib di kalangan mahasiswa dan juga memberi impak yang besar kepada agensi-agensi penguatkuasaan halal dan masyarakat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Rizal, Nur Aqilah Rashidah
UNSPECIFIED
Ab Latif, Liana
lianaablatif@unisel.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Halal food
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) : 0128-0902
Volume: 10
Number: 3
Page Range: pp. 1-12
Keywords: Mahasiswa pengajian Islam, makanan trend, sensitiviti, status halal, status toyyib
Date: December 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114908
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 114908.pdf] Text
114908.pdf

Download (511kB)

ID Number

114908

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details