Abstract
Tarbiyyah Quraniyyah merupakan elemen asas dalam proses mendidik dan membangunkan jiwa manusia agar keseluruhan kehidupannya menjadi lebih bermakna berpandukan petunjuk Ilahi. Aspek kepimpinan dalam sesebuah negara, yang merangkumi pemimpin yang taat, bijaksana, dan cekap dalam menguruskan negara, dapat diteladani melalui kisah Iskandar Zulkarnain seperti yang dirakamkan dalam ayatayat al- Quran, khususnya Surah Al-Kahfi. Intisari pengajaran daripada kisah ini boleh diterapkan dan direalisasikan dalam konteks Malaysia Madani, iaitu suatu matlamat yang diperkenalkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati, serta bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain. Madani, sebagai kata kunci, merujuk kepada kepercayaan antara kerajaan dan rakyat yang berasaskan ketelusan dan kerjasama. Pemimpin dan rakyat merupakan dua tonggak utama dalam mencapai matlamat Malaysia Madani. Justeru, kajian ini akan meneliti tarbiyyah Quraniyyah dari aspek kepimpinan melalui ibrah daripada kisah Zulkarnain. Kajian ini juga menganalisis nilai-nilai teras dalam konsep Malaysia Madani yang mendorong kepada keharmonian negara. Kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan metode pengumpulan data daripada kajian perpustakaan melibatkan sumber primer dan sekunder. Analisis data pula dilakukan secara induktif, deduktif, dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa tarbiyyah Quraniyyah dari aspek kepimpinan melalui teladan kisah Zulkarnain dalam konteks Malaysia Madani mampu menerapkan nilai-nilai al-Quran yang disesuaikan dengan empat nilai teras, iaitu kesejahteraan, ihsan, daya cipta, dan keyakinan. Kepentingan kajian ini adalah sebagai panduan kepada para pemimpin agar mereka memastikan kepimpinan mereka mencontohi kepimpinan Zulkarnain. Dengan itu, matlamat membentuk baldatun tayyibatun serta mencapai visi dan misi Malaysia Madani dapat
direalisasikan dengan jayanya.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yahaya, Amiratul Munirah UNSPECIFIED Izham, Siti Sarah sarahizham@uitm.edu.my Yakob, Mohd Asmadi UNSPECIFIED Moidin, Shofiyyah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | (e-ISSN) : 0128-0902 |
Volume: | 10 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 1-14 |
Keywords: | Iskandar Zulkarnain, kepimpinan, malaysia madani, tarbiyyah quraniyyah |
Date: | December 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114903 |