Strategi pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga menggunakan pendekatan Bahasa Inggeris : suatu pengalaman di UiTM / Naimah Abdullah

Abdullah, Naimah (2005) Strategi pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga menggunakan pendekatan Bahasa Inggeris : suatu pengalaman di UiTM / Naimah Abdullah. Journal of Language Studies, 1. pp. 63-74. ISSN 1823-6154

Abstract

Bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran sesuatu
bahasa, terdapat pelbagai pilihan teknik dan strategi yang boleh digunakan oleh pengajar untuk memastikan pelajar dapat
memahami dan menguasai ciri-ciri bahasa yang diajar. Walau
bagaimanapun, sesuatu strategi yang dirancang haruslah
mengambil kira latar belakang dan tahap kebolehan pelajar.
Berdasarkan pengalaman penulis yang mengajar bahasa Arab
sebagai bahasa ketiga di UiTM selama lebih 18 tahun, pelbagai strategi telah dicuba dan diamalkan bagi memastikan pelajar dapat menguasai ciri-ciri bahasa Arab yang kompleks dan amat berbeza dengan ciri-ciri bahasa Melayu. Salah satu strategi yang didapati paling berkesan ialah menggunakan pendekatan bahasa Inggeris. Oleh kerana bahasa Arab dan bahasa Inggeris adalah dari jenis tipologi yang sama iaitu kedua-duanya merupakan bahasa infleksi maka terdapat banyak ciri-ciri persamaan antara keduanya sama
ada dalam aspek fonologi, morfologi, sintaksis mahupun semantik yang boleh dijadikan contoh dan perbandingan. Latar belakang pelajar UiTM pula, sebahagian besar dari mereka tidak mempunyai pengetahuan asas bahasa Arab, sebaliknya sebagai pelajar IPTA mereka telah mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris yang baik. Justeru pendekatan bahasa Inggeris dalam pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga didapati amat berkesan dan dapat membantu pelajar memahami pembelajaran bahasa Arab dengan mudah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Naimah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
P Language and Literature > PE English language > Study and teaching > Malaysia
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: Journal of Language Studies
ISSN: 1823-6154
Volume: 1
Page Range: pp. 63-74
Keywords: Bahasa Arab, UiTM
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11454
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_NAIMAH ABDULLAH JOLS 05.pdf] Text
AJ_NAIMAH ABDULLAH JOLS 05.pdf

Download (430kB)

ID Number

11454

Indexing

|

Statistic

Statistic details