Abstract
Revolusi pendidikan Islam abad ke-21 memerlukan integrasi kreativiti dalam pengajaran Sirah dan Tamadun Islam agar kekal relevan dalam menarik minat generasi pelajar digital kini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap amalan kreativiti dalam pengajaran Pendidikan Islam, khususnya bidang Sirah dan Tamadun Islam. Melalui pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan, kajian ini melibatkan penyertaan 266 guru Pendidikan Islam dari sekolah menengah harian di negeri Sabah. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik berdasarkan skala Likert lima mata dan dianalisis melalui kaedah deskriptif dan inferensi menggunakan IBM Statistical Package for Social Sciences versi 26. Hasil kajian menunjukkan tahap amalan kreativiti pengajaran yang tinggi dalam semua komponen yang dinilai, termasuk perancangan pengajaran kreatif, strategi dan kaedah pengajaran kreatif, penyampaian pengajaran kreatif, dan penilaian komprehensif. Dapatan kajian juga menunjukkan dedikasi guru dalam mengintegrasikan amalan kreativiti pengajaran tanpa perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Berdasarkan hasil kajian, disarankan penambahbaikan infrastruktur teknologi, latihan, dan sokongan dari pihak pengurusan untuk meningkatkan lagi amalan kreativiti pengajaran. Ini memberi gambaran positif tentang usaha meningkatkan kualiti pendidikan Islam melalui pendekatan kreatif, membuka jalan bagi penambahbaikan kurikulum dan metodologi pengajaran yang dapat memenuhi keperluan generasi digital masa kini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saili, Jahidih UNSPECIFIED Taat, Muhamad Suhaimi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > Islamic education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus |
Journal or Publication Title: | Borneo Akademika |
UiTM Journal Collections: | Listed > Borneo Akademika (BA) |
ISSN: | 2735-2250 |
Volume: | 8 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 32-42 |
Keywords: | Pendidikan islam; Kreativiti pengajaran; Sirah dan tamadun islam; Generasi digital |
Date: | June 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114060 |