Abstract
Pentadbiran Penghulu merupakan institusi pentadbiran peringkat mukim dalam sesebuah daerah di Negeri Pahang. Penghulu dilantik oleh pemerintah negeri iaitu Sultan dan selepas kemasukan Inggeris di Negeri Pahang, penghulu terus memainkan peranan sebagai pentadbir tempatan dalam sistem pemerintahan kolonial Inggeris. Penghulu merupakan pentadbir dan juga agen perantara antara pegawai kerajaan di peringkat daerah dan rakyat di peringkat mukim dan kampung. Kajian ini meneliti peranan Penghulu dalam urusan pentadbiran tanah dan hal-hal lain dalam mukim pentadbiran penghulu tersebut. Kajian memberikan tumpuan kepada hal ehwal tanah dalam mukim, isu-isu yang berkaitan dengan jabatan penghulu, tugas penghulu dan sebagainya. Dalam kajian ini, fail-fail mengenai pentadbiran tanah telah dirujuk dan kebanyakan fail tersebut berada di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur. Kajian ini mendapati Penghulu memainkan peranan yang besar terutama sebagai jurucakap kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan menyampaikan keluhan dan permohonan rakyat kepada kerajaan. Institusi Penghulu juga telah diberi perhatian oleh pentadbiran Negeri terutama dalam menambah baik skim perkhidmatan penghulu bagi menjamin kelancaran pentadbiran peringkat mukim dan kampung.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Sah-Hadiyatan sah.ismail@usm.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Communities H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Organizational sociology. Organization theory |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | Gading Journal for Social Sciences |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS) |
| ISSN: | 2600-7568 |
| Volume: | 27 |
| Number: | 0 |
| Page Range: | pp. 12-25 |
| Keywords: | Isu-isu tanah, Mukim, Pahang, Penghulu, Pentadbiran British |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114051 |
