Abstract
Temu bual ini dilakukan bersama En. Faizul bin Yusoff, seorang tokoh persilatan yang berpengalaman luas dalam dunia seni mempertahankan diri, bagi mendokumentasikan perjalanan kerjaya dan sumbangan beliau dalam bidang ini. Temu bual ini telah dijalankan di Wau Restaurant,Kota Bharu pada 26 Disember 2024, bermula dari 10 pagi hingga 12 tengah hari. En. Faizul bin Yusoff dilahirkan pada 22 Disember 1971 di Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan, dan kini menetap di No. 175, Kampung Penambang, 15350 Kota Bharu, Kelantan. Beliau telah bergiat aktif dalam dunia persilatan selama 40 tahun, menjadikannya salah seorang tokoh yang dihormati dalam bidang ini. Sepanjang penglibatan beliau dalam seni persilatan, beliau bukan sahaja mahir dalam teknik dan kaedah latihan silat, tetapi juga berperanan dalam memastikan warisan seni mempertahankan diri ini terus berkembang dan dihargai oleh generasi muda. Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran dalam mengekalkan keaslian dan nilai-nilai tradisional silat dalam era moden. Sejarah kehidupan dan perjalanan kerjaya beliau bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan komitmen terhadap seni persilatan, tetapi juga menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang dalam usaha memelihara dan memartabatkan warisan budaya bangsa.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mamat, Shuhaimi 2022822262 Mohamad Zaid, Mohamad Irfan Zakwan 2022862572 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Yusoff, Faizul UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Human fighting. > Silat. Pencak silat > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teacher-student relationships. Culturally relevant pedagogy |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | transkrip temuduga, persatuan silat, sejarah pendidikan, pengalaman, warisan budaya, sumbangan masyarakat. |
Date: | 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112479 |