Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang responden yang merupakan seorang pengarall urusan yang pertama di Resort Gunung Ledang, Tangkak, Johor, Malaysia. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang responden, projek sejarah lisan ini akan mengungkap kebenaran sebenar tentang kisall Lagenda Puteri Gunung Ledang yang sering dikaitkan dengan kisah mistik dan mitos dan juga sejarah penubuhan Resort Gunung Ledang. Ramai dalam kalangan masyarakat pada masa kini, terutamanya generasipada era globalisasi ini tidak mengetahui tentang kisah-kisah lagenda yang terdapat di Malaysia terutama Lagenda Puteri Gunung Ledang. Bermula dari kisah sejarah penghijrahan Puteri Gunung Ledang tersebut, kajian ini turut memfokuskan secara menyeluruh tentang asal usul Puteri Gunung Ledang, tujuh syarat, versi cerita dan sifüt peribadi. Isu-isu yang berkaitan tentang sejarah penubuhan Resort Gunung Ledang yang bermula pada tahun 1992 turutjuga difokuskan. Kajian ini bukan sahaja melalui Encik Tey Chee Yan, malah ianyajuga diperolehi dari beberapa sumberyang lain bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan dalam kajian yang dilakukan. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada masa sekarang mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentang kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang.
Kata Kunci : Lagenda Puteri Gunung Ledang, Resort Gunung Ledang, Mistik, Mitos, Sejarah Lisan
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Nur Hamira Syafiqa Adlin 2021118113 Mohd Nazran, Miza Mizani 2021149505 |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Business > General works, treatises, and textbooks H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform T Technology > TX Home economics > Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail |
Keywords: | Interview transcript, Resort manager, Gunung Ledang Resort, Hospitality management, Malaysian tourism, Business management, Customer service |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112206 |