Abstract
Transkrip ini membincangkan pengalaman dua orang tokoh yang merupakan tokoh warisan yang telah melibatkan diri mereka dalam bidang tarian Rangguk sejak 2013. Dek kerana minat mereka dalam mengekalkan seni tarian Rangguk, pasangan suami isteri ini, Encik Sgahriri bin Abdul Razak dan Puan Mastura binti Ahmad Noordin bergiat aktif dalam memperkenalkan dan menaikkan Tarian Rangguk di mata masyarakat Malaysia. Tarian Rangguk merupakan tarian tradisional masyarakat Kerinci yang asalnya dari Jambi, Indonesia dan kemudiannya di bawa ke Malaysia. Setiap gerakan tarinya melambangkan gerakan orang menanam padi. Selain mengupas latar belakang tokoh, sejarah lisan ini bertujuan untuk mengkaji sama ada seni tarian ini masih kekal relevan diarus kemodenan. Di samping itu, kajian lisan ini juga mengenalpasti sejarah asal usul dan identiti yang menjadikan tarian Rangguk ini unik dari tarian tradisional yang lain serta untuk mendokumentasikan seni tarian ini supaya menjadi rujukan generasi akan datang dan tidak ditelan zaman. Melalui projek lisan ini juga, diharapkan masyarakat luar terutamanya generasi pada masa sekarang akan mengenali dengan lebih lanjut tentang seni tarian Rangguk ini.
Kata kunci: Seni tarian, Tarian Rangguk, Kerinci, Jambi
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Yusof, Anis Nuriman 2021102549 Mohd Nasir, Aida Nabilah 2021125551 |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Literary history > Folk literature T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail |
Keywords: | Rangguk dance, Malay Kerinci culture, Performing arts, Cultural heritage, Biography, Traditional dance, Arts practitioners, Malaysia |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112148 |