Fenomena pakaian bundle atau thrift shopping di Malaysia / Ts. Normaziana Hassan

Hassan, Normaziana (2022) Fenomena pakaian bundle atau thrift shopping di Malaysia / Ts. Normaziana Hassan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Fenomena bundle boleh dikatakan agak ‘trending’ pada masa kini dan pertumbuhan kedai-kedai bundle ini diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kita dapat melihat di merata tempat, amat mudah untuk kita temui kedai-kedai bundle samada di kawasan bandar atau di kawasan luar bandar. Penerimaan masyarakat terhadap pakaian bundle juga adalah semakin baik. Kalau dahulu, segelintir masyarakat mempunyai pandangan yang agak ‘double standard’. Artikel ini akan mengupas serba sedikit tentang teori ‘perbundle-an’, sejarah atau scene bundle di Malaysia, dan bagaimana evolusi bundle berlaku. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat carian perkataan ‘bundle’ tidak memberi apa-apa maksud dalam Bahasa Malaysia. ‘Bundle’ sebenarnya diambil daripada perkataan Inggeris yang memberi maksud ikatan atau pun bungkusan. Perkataan "berikat" ialah istilah industri, merujuk kepada cara pakaian dibungkus dalam karung guni, yang mungkin mengandungi pelbagai jenis jeans, baju, seluar pendek atau blaus dengan gred yang berbeza-beza dengan harga yang berpatutan. Istilah ini merujuk kepada kedai yang menjual pakaian yang dibuang oleh pemakainya dan kemudian disimpan untuk dijual semula.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 111741.pdf]
Text
111741.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics