Keperibadian pendakwah yang memikat hati / Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah and Normaisarah Othman

Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz and Othman, Normaisarah (2025) Keperibadian pendakwah yang memikat hati / Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah and Normaisarah Othman. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Keperibadian pendakwah yang mampu memikat hati masyarakat adalah kunci utama dalam menyampaikan mesej agama dengan berkesan. Pendakwah bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu agama, tetapi juga perlu memiliki keperibadian yang mulia. Keperibadian ini termasuk keikhlasan, kelembutan, kesabaran, keteladanan, dan keterbukaan. Keikhlasan adalah kunci dalam dakwah, kerana pendakwah yang ikhlas menyampaikan mesej agama dengan penuh ketulusan tanpa mengharapkan balasan dari sesiapa. Niat ikhlas ini menjadikan dakwah mereka lebih mudah diterima oleh masyarakat, yang dapat merasakan ketulusan dan kejujuran pendakwah. Seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, setiap amalan itu bergantung kepada niat.” Ini bermakna niat yang ikhlas merupakan syarat utama dalam menjadikan sesuatu amalan diterima sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Pendakwah yang ikhlas juga tidak terkesan dengan pujian atau kritikan. Mereka terus berdakwah dengan konsisten, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian. Keikhlasan menjaga hati mereka daripada terpengaruh dengan pandangan manusia kerana fokusutama adalah untuk mendapatkan redha Allah semata-mata. Dengan keperibadian ini, pendakwah yang ikhlas dapat berdakwah dengan tenang, tidak terbeban untuk menjaga imej diri, dan mampu mendekati masyarakat dengan lebih mesra.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz
UNSPECIFIED
Othman, Normaisarah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Pendakwah, keikhlasan, kelembutan, kesabaran, keteladanan, keterbukaan
Date: January 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111376
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 111376.pdf] Text
111376.pdf

Download (770kB)

ID Number

111376

Indexing

Statistic

Statistic details