Abstract
Amalan bermuhasabah atau menilai diri amat dituntut oleh Allah S.W.T. kepada semua manusia. Tanpa sebarang pengecualian, ia wajar menjadi amalan setiap individu samada pemimpin, majikan, pekerja, suami, isteri, anak dan sebagainya. Selain daripada untuk meningkatkan lagi kualiti hidup ia adalah sebagai satu kaedah mengatasi dan memperbaiki kelemahan, kekurangan dan kecacatan diri. Seseorang yang sentiasa menilai diri, menginsafi kesalahan dan kekurangan lantas melakukan perubahan yang positif ke arah kebaikan yang dikehendaki agama adalah lebih baik daripada mereka yang ego dan sombong yang tidak pernah mengakui kesilapan diri sendiri. Menurut perspektif Islam, muhasabah adalah satu jalan untuk menyelamatkan seseorang daripada ditimpa bencana dan kesusahan hidup di dunia demi keselamatan hidup di hari akhirat kelak. Untuk mendapat ganjaran pahala yang besar sewaktu hitungan amalan di mahsyar tidak akan dapat dicapai jika manusia merasakan dirinya sentiasa baik dan tidak berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidupnya. Maka dengan sebab itu apabila seseorang itu bermuhasabah, akan dapat dirasakan betapa kurang dan lemah dirinya di hadapan Allah malah dia akan sentiasa meningkatkan amalannya untuk lebih berjaya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Mohd Kamel UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Muhasabah, Islam, pemimpin, majikan, pekerja, suami, isteri, anak |
Date: | January 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111367 |