Kajian penyelenggaraan bangunan pejabat kerajaan di Putrajaya / Mohd Zaimi Zakaria

Zakaria, Mohd Zaimi (2010) Kajian penyelenggaraan bangunan pejabat kerajaan di Putrajaya / Mohd Zaimi Zakaria. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Penyelenggaraan bangunan adalah salah satu daripada aspek-aspek yang patut diberikan tumpuan kerana aspek ini memainkan peranan yang sangat besar dalam sesebuah bangunan. Dalam disertasi ini, penekanan diberikan terhadap tahap penyelenggaraan yang telah dijalankan oleh syarikat-syarikat selenggara ini di dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat kerajaan dan cabaran serta masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat selenggara ini. Kajian dibuat ke atas syarikat-syarikat penyelenggara yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Putrajaya. Antara syarikat-syarikat tersebut adalah Syarikat R&U Construction And Development Sdn Bhd, Syarikat Harta Maintenance Sdn Bhd dan juga Syarikat Jasa Edisi (M) Sdn Bhd. Kajian ini juga mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat kerajaan. Kajian ini dilakukan berdasarkan temubual dengan pihak-pihak tertentu terutama wakil syarikat-syarikat yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat di Putrajaya ini dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat. Pada akhir kajian ini, telah disimpulkan tahap kerjakerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat ini dan segala permasalahan yang ada. Di samping itu, juga diselitkan cadangan yang difikirkan sesuai bagi mengatasi masalah yang ada di dalam meningkatkan tahap keberkesanan penyelenggaraan bangunan pejabat kerajaan terutamanya di Putrajaya.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zakaria, Mohd Zaimi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
N Fine Arts > NA Architecture > Sustainable architecture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Business and Management
Programme: Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian)
Keywords: Kajian Penyelenggaraan, Putrajaya
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/109851
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 109851.PDF] Text
109851.PDF

Download (368kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

109851

Indexing

Statistic

Statistic details