Implikasi penggunaan sistem wang fiat dan dinar emas menurut perspektif maqsad hifz al-mal / Shafee Ahmad @ Salleh

Ahmad @ Salleh, Shafee (2016) Implikasi penggunaan sistem wang fiat dan dinar emas menurut perspektif maqsad hifz al-mal / Shafee Ahmad @ Salleh. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Wang memainkan peranan yang amat penting untuk mendatangkan kemakmuran dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan juga di akhirat. Ia merupakan alat pertukaran, unit pengukuran nilai dan alat penyimpan nilai yang diyakini oleh masyarakat. Sistem matawang yang kini dipraktiskan ialah sistem matawang fiat yang menggantikan sistem wang emas semenjak tahun 1971. Sistem ini telah menimbulkan pelbagai masalah ekonomi. Walaupun sistem wang fiat ini difatwakan harus dilaksanakan oleh umat Islam tetapi melihatkan kepada masalah ekonomi yang dihasilkan seperti inflasi, ketidakstabilan ekonomi, perluasan jurang pendapatan, bebanan hutang akibat riba, spekulasi dan manipulasi, penggangguran dan lain-lain lagi maka dirasakan perlu dilihat semula apakah ia benar-benar memenuhi kehendak maqasid syariah iaitu maqsad hifz al-mal. Mengikut syariah satu-satu sistem itu bukan sahaja perlu halal tetapi juga tayyiban iaitu memberi kebaikan dan kebahagiaan untuk manusia didunia dan akhirat. Dengan itu objektif kajian ini adalah untuk melihat konsep wang, fungsinya dan perkembangannya mengikut sejarah, konep maqsad hifz al-mal. serta implikasi penggunaan sistem wang fiat dan sistem wang emas menurut perspektif maqsad hifz al-mal.. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang dibuat melalui penilitian data-data sejarah yang diperolehi dan dikumpul dari kitab-kitab, buku-buku, journal-journal ilmiah dan artikel-artikel yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Implikasi penggunaan sistem wang fiat dan dinar emas dinilai menurut maqsad hifz al-mal. Hasil dari kajian dan perbandingan yang telah dibuat didapati bahawa sistem wang fiat mempunyai implikasi ekonomi dan sosioekonomi yang tidak dapat memenuhi maqsad hifz al-mal, manakala implikasi penggunaan sistem wang emas adalah sebaliknya

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad @ Salleh, Shafee
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Yaakub, Ezani
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: ijazah Sarjana Pengajian Islam Kontemporari Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Wang fiat, dinar emas, maqsad hifz al-mal
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/109219
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 109219.pdf] Text
109219.pdf

Download (164kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

109219

Indexing

Statistic

Statistic details