Sifat-sifat peniaga yang dicintai Allah SWT dan Rasulullah SAW / Dr. Husnul Rita Aris

Aris, Husnul Rita (2024) Sifat-sifat peniaga yang dicintai Allah SWT dan Rasulullah SAW / Dr. Husnul Rita Aris. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Penipuan dan pengkhianatan dalam kalangan peniaga telah menjadi isu yang semakin membimbangkan di Malaysia, dengan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan setiap tahun. Peniaga yang tidak bertanggungjawab ini sering memanfaatkan kepercayaan pelanggan untuk mengejar keuntungan segera, tanpa mempedulikan etika atau tanggungjawab perniagaan. Contohnya, dalam satu kes di Terengganu, seorang peniaga kosmetik memperdaya 17 mangsa melalui skim pelaburan palsu "Due Kutu," yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi tidak wujud, menyebabkan kerugian sebanyak RM151,000 (Buletin TV3. 21 September 2023. Dicapai pada 22 September 2024). Kes seperti ini mencerminkan sikap tamak dan khianat peniaga yang menjejaskan reputasi sektor perniagaan. Selain itu, penipuan dalam sektor makanan juga semakin menonjol, khususnya ketika musim perayaan seperti Ramadan. Beberapa peniaga dilaporkan menjual makanan basi atau berkualiti rendah di bazar Ramadan, seperti "kuih koci basi" dan "roti john hangus," yang jelas merosakkan kepercayaan pelanggan terhadap peniaga kecil. Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan ketidakjujuran tetapi juga membahayakan kesihatan pengguna. Perbuatan ini juga mencemarkan imej peniaga-peniaga lain yang berniaga dengan jujur dan ikhlas, serta merosakkan reputasi bazar-bazar tersebut (Kosmo Digital. 27 Mac 2023. Dicapai pada 22 September 2024).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aris, Husnul Rita
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Peniaga, Allah SWT, Rasulullah SAW, Malaysia
Date: December 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/109098
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 109098.pdf] Text
109098.pdf

Download (740kB)

ID Number

109098

Indexing

Statistic

Statistic details