Ibu moden tonggak kejayaan keluarga dan negara / Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah and Noor Aziera Mohamad Rohana

Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz and Mohamad Rohana, Noor Aziera (2024) Ibu moden tonggak kejayaan keluarga dan negara / Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah and Noor Aziera Mohamad Rohana. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Ibu merupakan tonggak utama penyeri dalam sesebuah keluarga. Namun begitu, peranan ibu pada era kontemporari ini menuntut kebijaksanaannya dalam menyeimbangkan tanggungjawab di antara keluarga dan cita-cita, terutamanya bagi ibu sebagai wanita yang mempunyai kerjaya. Ibu yang berkerjaya sepenuh masa seringkali berdepan dengan perasaan bersalah serta dilema yang menuntut tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik, bahkan turut berdepan juga dengan kerisauan melepaskan anak-anak di bawah penjagaan orang lain sama ada di taman asuhan kanak-kanak mahu pun pengasuh persendirian. Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan wanita memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu, penjaga ahli keluarga lain, pengurus rumahtangga dan sebagai warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita yang berdaftar sentiasa meningkat setiap tahun (37% tahun 1970 dan 44.5% tahun 2000). Di sisi lain, ibu berkerjaya juga berisiko menghadapi tekanan apabila masyarakat sering menilai ukuran kejayaan seseorang wanita berdasarkan kepada pencapaian kerjaya mereka.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz
UNSPECIFIED
Mohamad Rohana, Noor Aziera
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Ibu moden, keluarga, negara
Date: December 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108938
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 108938.pdf] Text
108938.pdf

Download (540kB)

ID Number

108938

Indexing

Statistic

Statistic details