Abstract
Penelitian tingkah laku dan ciri-ciri keluli yang tertanam dalam konkrit adalah penting untuk memastikan kekuatan dan ketahanan struktur konkrit bertetulang (RC). RC adalah terdiri daripada konkrit dan keluli, banyak digunakan dalam pembinaan kerana prestasi mekanikalnya yang sangat baik. Batang keluli dalam konkrit menghalang retakan besar dan meningkatkan kekuatan keseluruhan, terutamanya apabila terdedah kepada beban kitaran atau berulang-ulang seperti struktur pada landasan keretapi dan jambatan. Struktur ini terdedah kepada beban kitaran atau beban ulang alik sepanjang hayat perkhidmatannya. Beban ini memberi kesan kepada konkrit dan juga keluli yang tertanam di dalam RC, yang membawa kepada kemerosotan prestasi RC tersebut. Beban kitaran boleh menyebabkan retakan dalam konkrit, yang mengurangkan kekuatan keluli dan konkrit pada satu-satu struktur. Pemantauan berterusan diperlukan untuk memastikan integriti struktur dikenalpasti. Antara salah satu kaedah untuk membuat pemantauan secara berterusan adalah mengimbas keluli yang berada di dalam konkrit.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Mutalib, Nur Atikah Adila UNSPECIFIED Md Nor, Noorsuhada UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
ISSN: | 2716-6325 |
Keywords: | Buletin FKA, PKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108541 |