Penilaian efikasi kendiri dan amalan pedagogi terbeza dalam pengajaran tilawah al-Quran: dapatan awal / Nurul Hamimi Awang Japilan, Norhisham Muhamad and Jahidih Saili

Awang Japilan, Nurul Hamimi and Muhamad, Norhisham and Saili, Jahidih (2024) Penilaian efikasi kendiri dan amalan pedagogi terbeza dalam pengajaran tilawah al-Quran: dapatan awal / Nurul Hamimi Awang Japilan, Norhisham Muhamad and Jahidih Saili. Borneo Akademika, 8 (2). pp. 130-140. ISSN 2735-2250

Abstract

Pengajaran Tilawah al-Quran merupakan komponen asas dalam kurikulum Pendidikan Islam, namun masih terdapat murid yang lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap efikasi kendiri dan amalan pedagogi terbeza guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Tilawah al-Quran serta mengkaji perbezaannya berdasarkan faktor demografi terpilih. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas digunakan, melibatkan 31 orang guru Pendidikan Islam di sekolah menengah harian Zon Barat, Sabah. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan tahap efikasi kendiri guru yang tinggi (M=4.15, SP=0.58) tetapi tahap amalan pedagogi terbeza yang sederhana tinggi (M=3.85, SP=0.62). Terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan pedagogi terbeza berdasarkan pengalaman mengajar (χ2(2)=7.82, p=0.020), tetapi tiada perbezaan signifikan berdasarkan jantina. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman hubungan antara efikasi kendiri dan amalan pedagogi terbeza dalam konteks pengajaran Tilawah al-Quran, serta menyediakan asas empirikal untuk pembangunan program latihan guru yang lebih berkesan. Implikasi kajian termasuk keperluan untuk meningkatkan latihan guru dalam aspek pedagogi terbeza dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran Tilawah al-Quran.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang Japilan, Nurul Hamimi
UNSPECIFIED
Muhamad, Norhisham
UNSPECIFIED
Saili, Jahidih
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: Listed > Borneo Akademika (BA)
ISSN: 2735-2250
Volume: 8
Number: 2
Page Range: pp. 130-140
Keywords: Efikasi kendiri; Pedagogi terbeza; Tilawah al-Quran; Guru Pendidikan Islam; Pengalaman mengajar
Date: December 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108307
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 108307.pdf] Text
108307.pdf

Download (308kB)

ID Number

108307

Indexing

Statistic

Statistic details