Penerimagunaan teknologi kewangan dalam pemerkasaan daya saing perniagaan digital usahawan PKS patuh syariah / Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli

Ahmad Rosli, MuhammadSyahrul Deen (2024) Penerimagunaan teknologi kewangan dalam pemerkasaan daya saing perniagaan digital usahawan PKS patuh syariah / Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Dalam menghadapi cabaran globalisasi perniagaan, pembangunan PKS menghadapi masalah di dalam berdaya saing menerusi digitalisasi perniagaan yang memerlukan kepada kelebihan mereka di dalam teknologi kewangan yang merupakan asas kepada operasi digitalisasi. Walaupun teknologi kewangan telah berada di pasaran selama sekitar 15 - 20 tahun, majoriti pihak usahawan dan individu di Malaysia masih memilih perkhidmatan kewangan tradisional yang hanya menaikkan inisiatif pelaburan dan transformasi dalam 5 hingga 7 tahun yang lalu dan tidak bersedia untuk mengikuti perkembangan teknologi baru. Kajian ini mengenalpasti masalah ketersediaan teknologi kewangan di dalam PKS dan mengambil persampelan daripada negeri Selangor yang merupakan lokasi subjek yang sesuai dengan populasi yang pelbagai latar belakang ekonomi dan urbanisasi. Dengan sorotan kajian mengenai teknologi kewangan patuh Syariah yang mempunyai kaitan dengan daya saing keusahawanan, kajian ini mengenalpasti lapan item teknologi kewangan patuh Syariah dan menjadikannya sebagai instrumen pengukuran kajian ini terhadap target populasi. Dengan pendekatan PLS-SEM melalui pengukuran reflektif, kajian ini dapat mengenalpasti corak penerimagunaan usahawan PKS Selangor terhadap lapan item teknologi kewangan patuh Syariah dalam daya saing keusahawanan iaitu pemudahan perniagaan, efisien dan kepantasan operasi, kos efektif, pemasaran, keselamatan data, data raya, maklumat pasaran, dan transaksi patuh Syariah. Kajian ini juga menambah korpus ilmu di dalam medan digitalisasi PKS yang mencadangkan agar aspek kelebihan teknologi kewangan diukur dalam model menyeluruh yang merangkumi daya saing perniagaan digital melalui aspek keusahawanan dan pengaruh teknologi. Ia dapat digunakan sebgai panduan kepada kayu ukur kemampuan PKS di dalam daya saing digital perniagaan mereka. Kajian ini mencadangkan penilaian seterusnya dibuat terhadap daya saing digital keusahawanan di dalam digitalisasi perniagaan yang lebih komprehensif menerusi nilai-nilai teknologi kewangan yang kompetitif.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Rosli, MuhammadSyahrul Deen
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mat Rani, Mohd Afandi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doctor of Philosophy
Keywords: Teknologi kewangan, pelaburan, ketersediaan teknologi kewangan di dalam PKS
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108245
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 108245.pdf] Text
108245.pdf

Download (85kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

108245

Indexing

Statistic

Statistic details