Kajian kefahaman dasar kesejahteraan keluarga dalam governan masyarakat majmuk di Sarawak daripada perspektif siasah syar’iyyah / Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad

Awang Ahmad, Awang Nib Zuhairi (2024) Kajian kefahaman dasar kesejahteraan keluarga dalam governan masyarakat majmuk di Sarawak daripada perspektif siasah syar’iyyah / Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Permasalahan pengetahuan serta kefahaman terhadap dasar kesejahteraan keluarga daripada perspektif siasah syar’iyyah merupakan isu yang akan menentukan gaya pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Pemerintah dan masyarakat majmuk yang tidak memahami elemen serta prinsip dasar kesejahteraan keluarga yang sebenar akan menjerumuskan negara dan masyarakat majmuk ke dalam situasi yang tidak harmoni dan sejahtera. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka dasar kesejahteraan keluarga menurut pandangan ulama dalam bidang siasah syar’iyyah dan mengekplorasi dasar-dasar kesejahteraan keluarga yang dilaksanakan dalam governan masyarakat majmuk di Sarawak. Selain itu, kajian turut menganalisis kefahaman responden terhadap elemen siasah syar’iyyah dalam pembentukan dasar kesejahteraan keluarga governan di Sarawak dan mendedahkan petunjuk utama siasah syar’iyyah dalam dasar kesejahteraan keluarga governan di Sarawak. Metodologi kajian ialah mengaplikasikan metod campuran (mixed metode) iaitu kuantitatif melalui soal selidik dan kualitatif melalui temu bual. Kajian ini melibatkan 500 responden soal selidik dalam pelbagai latar belakang kepercayaan dan etnik yang dipilih daripada penjawat awam negeri Sarawak, agensi berkaitan kerajaan, ketua masyarakat dan lain-lain pekerjaan. Data yang diperolehi melalui soal selidik telah dianalisis menggunakan program SPSS versi 22. Untuk itu statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan statistik jadual silang (cross tabulation) digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan serta kefahaman mereka terhadap dasar kesejahteraan keluarga dalam governan masyarakat majmuk di Sarawak berdasarkan perspektif siasah syar’iyyah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 107622.pdf]
Text
107622.pdf
Download (335kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics